Kertas Kerja PAS ganti UMNO ( PGU )

.
Rasional Kenapa UMNO Perlu Diganti Dengan PAS

1. Islam Tidak Menjadi Dasar Umno
2. Dasar Umno yang pragmatis (ikut suasana)
3. Islam hanya kuda tunggangan Umno
4. Program Islam Sebagai Alat Politik
5. Peralatkan Melayu Untuk Kepentingan Peribadi
6. Sikap Individualistik
7. Melahirkan pemimpin yang tidak berakhlak, penuh dengan skandal.
8. Umno Tidak Membela Agama.
9. Orang Agama (ulama’) Umno hanya subang tembaga.
10. Dasar Umno putera bukan bumiputera.
11. Gagal Meningkat Ekonomi Bumiputera
12. Khianat Bahasa Sendiri.
13. Politik khianat bangsa.
14. Rasuah dalam pemilihan kepimpinan.
15. Tun Musa Hitam mengatakan Umno dilanda penyakit “Ketuaan”
16. Gagal Mengatasi Masalah Akhlak
17. Keselamatan Sosial Semakin Merosot
18. Peranan Masjid Dimatikan
19. Menyuburkan Industri Maksiat
20. Gagal Mengatasi Rasuah Sehingga Menjadi Barah
21. Mengkhianati Hak Orang Miskin
22. Membayar Wang Rakyat Kepada Syarikat APCO Israel
23. Harta Negara Tergadai Di Tangan Asing

akhil hayy - ikhlas dariku

.

le tour de langkawi

.

selamat menyambut tahun baru hijrah 1432

.

Hijrah - Mu'adz




Al Hijrah - Raihan


minyak naik lagi

.
minyak tetap naik walaupun saya sedikit lambat menceritakan tentang isu kenaikan harga minyak. awalnya saya mengetahui perkhabaran baik ini melalui laman sosial twitter. rupanya ura-ura tersebut memang benar.

pada awalnya desas-desus mengatakan hanya ron97 sahaja yang naik, sehari dua selepas itu ron95 turut sama naik. saya kira ini berita baik bagi semua pihak, terutama rakyat malaysia sendiri, berita baik untuk pilihanraya akan datang. mudah-mudahan kenaikan harga minyak ini boleh menumbangkan barisan nasional dan umno.

pemuda umno puji pasti

.

penangan maher zain

.
saya rasa saya sedikit ketinggalan untuk menceritakan tentang maher zain. tapi sehingga hari ini suaranya masih lagi berkumandang di setiap bibir-bibir peminatnya. saya kira semua golongan kenal dan tahu siapa maher zain. ibu saya juga tidak ketinggalan !

itu maher zain, mewarnai dunia dengan nasyid/lagu yang liriknya memuji-memuji yang maha esa serta pesuruhnya. liriknya juga turut mendoakan kesejahteraan. saya kira lagu ketika cinta bertasbih turut sama lenyap bersama munculnya lagu " Baraka Allahu Lakuma ", " Insha Allah " dan banyak lagi.

selamat hari raya aidiladha

.

ihtifal fardhu ain khairun najah 2010

.

muslimat pembangun ummah

.
+ mudah-mudahan roh jihad di tiup ke dalam diri muslimat-muslimat kita semua.

ihtifal pasti khairun najah 2010

.

facebook tempat promosi link blog terbaik

.
mungkin ada di antara kita sudah mengetahuinya, rata-rata di kalangan kita menggunakan facebook sebagai medium untuk promosi blog mereka. sehingga ada yang lebih dari sepuluh link blog di letak di facebook.

mungkin juga kita boleh promosi artikel terbaru blog kita di facebook, ianya dengan hanya linkkan artikel ( permanent link ) pada status facebook anda. - " what's on your mind ". tapi awas ! acapkali anda promosi entri baru anda, orang ramai akan meluat, percayalah.

semoga mendapat haji mabrur !

.
musim haji telah tiba, seluruh dunia berbondong-bondong menunaikan haji. ada yang sebelum perginya haji, aurat tidak dijaga, tetapi apabila ditanah haram kepala sedikit di tutup. rambut masih lagi tersembul. kaca mata hitam bagai artis kononnya panas masih tidak dapat dilepaskan. bukan salahnya kaca mata hitam, tetapi seolah-seolah pergi haji feysen mesti diutamakan. alahai manusia.

tiada entri terbaru sehingga minggu ini

.
itulah sahaja pengumumannya, walaupun cerita prk galas dan batu sapi melimpah ruah, cukuplah laman web dan blog politik membicarakannya.

rancangan tv seminggu dua ini penuh mengampu, sehingga naik muak pun ada. kerajaan negeri asyik dipersalahkan, kerjaan persekutuanlah di angkatnya.

bagi yang buta isu, pasti itu makanannya. syabas kepada kerajaan malaysia!

ijtima' kepimpinan pas terengganu

.

+ klik pada gambar untuk proses tumbesaran

nadamurni - di pondok kecil

.


p/s : terasalah diri anda semua ketika mendengar nasyid ini, berbaktilah kepada kedua orang tua anda selagi mereka masih ada.

ketahui blogger stats blog anda

.
secara ringkasnya, kini pihak blogger telah mempunyai " blogger stats " sendiri, jika sebelum ini untuk melihat statistik, pageview, trafik blog dan sebagainya perlu memasang widget2 tertentu terlebih dahulu.

mungkin sehingga hari ini pasti ada pengguna blogger masih tidak perasan tetang kewujudan fungsi blogger stats ini. sekitar 2-4 bulan yang lepas blogger stats ini dilancarkan.

di blogger stats anda boleh melihat :
1) page views - berapa orang yang masuk ke blog anda setiap hari
2) post views - berapa orang membaca entri anda hari ini
3) traffic sources - dari mana orang mengetahui/mengklik link blog anda ( referrer )
4) pageviews country - pengguna negara yang masuk blog anda
5) pageviews browser - jenis browser yang digunakan untuk masuk blog anda
6) pageviews operating system - os yang digunakan, windows/linux dll.

# untuk melihat blogger stats blog anda, pastikan anda login terlebih dahulu blog anda, pergi ke dashboard, lihat pada tab menu dan pilih stats (bersebelahan dengan monetize/view blog)

p/s : blog saya memang tiada pengunjungnya, saya memang tak kisah berapa ramai yang masuk, saya memang tak gila trafik blog mencanak naik !

ijtima' tarbawi kebangsaan 2 hari lagi

.
+ klik pada gambar untuk proses tumbesaran.

antara hello dan salam

.
saya pernah ditegur oleh kawan saya suatu ketika dahulu mengenai hal ini. iaitu hal ketika menjawab telefon apabila dipanggil/ditelefon oleh seseorang. apa ucapan pertama yang terbit dari mulut kita?

rata-ratanya ucapan pertama yang terbit/lahir dari mulut kita ialah ucapan " hello " kemudian baru disusuli dengan perkataa " aslmkm wbrt... " - hal ini di membuatkan saya ditegur oleh kawan saya suatu ketika dahulu. saya terimanya dengan hati terbuka. sehingga hari ini, saya mampu mengubahnya. terbit/lahir yang pertama ialah " aslmkm ".

sehingga hari ini jugalah, apabila saya mendengar orang menjawab telefon, ucapan " hello " didahulukan, saya berasa janggal. mungkin orang yang berbuat sedemikian pasti ada sebabnya. fikir-fikirkanlah.

p/s : dalam kotak kepala banyak hal perkara hendak disebutkan dalam blog ini, tapi biarlah, sekadar mampu untuk updatenya.

kerja merbahaya, ada berani?

.

selamat hari raya aidilfitri

.
selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin. entri terakhir penghujung ramadhan dan mungkin separuh syawal baru muncul entri lain di sini. rata-rata lewat kini ucapan selamat hari raya begitu rancak, tak kira siapa muda atau tua semuanya sendang rancak !

masih ingat lagi ucapan tazkirah dari ustaz ja di kampung saya beberapa minggu yang lepas, katanya " hari ini sedikit kepelikan kerana orang yang beriya-riya menyambut syawal bukanlah dari kalanganm orang yang beriya-beriya menyambut ramadhan, dengan makna lain orang yang menghayati ramadhan berkah itu sendiri, menghidupkan malam dan sebagainya, begitulah hari ini, puasa entah kemana, dosa pahala entah ke mana, halal haram entah kemana tetapi mereka semua ini terlalu ghairah dengan aidilfitri. " - ucapan sedikit lain dari asal.

begitulah kita, sentiasa tipu diri sendiri, mengiginkan ramadhan datang kepada kita untuk tahun hadapan,tetapi ramadhan datang kepada kita, kita masih lagi serupa lagi sama dengan ramadhan-ramadhan sebelum ini.

selamat hari raya aidilfitri kepada semua muslimin dan muslimat di seluruh dunia, tidak lupa juga kepada keluarga dan sanak saudara tersayang, kawan-kawan serta orang yang mengenali diri yang dhaif ini dan membaca entri ini. jika kesempatan, sudi-sudilah datang kerumah. (mesej terlebih dahulu jika mahu datang) :-)

p/s : me-layu raya, cina kaya !

iklan raya 1malaysia di tv3

.


p/s : beberapa komen pandangan masyarakat Islam di malaysia berdukacita dengan iklan ini. stupid ads!

tadarus al-quran

.
kira-kiranya kini sudah memasuki 18 ramadhan, rata-rata masjid surau sudah mengadakan iftar dan ditambahkan lagi dengan majlis khatam quran ( buat namat ), maknanya, sudah khatam la quran 30 juzuk ahli surau masjid tersebut bagi yang terlibat.

tapi saya bersama kumpulan saya masih lagi belum tamat tadarus al-quran, baru tamat juz 11 ( bacaan personal tak payah cerita ), kadang-kadang hari minggu apabila ada kerja pada awal pagi, terpaksa di batalkan tadarus, kenapa tidak buat lepas terawikh? cerita kemudian hari kalau ada masa.

kesimpulannya : masyarakat kita hari ini masih lagi lemah dalam membaca al-quran, hendak memahami makna dan amalkannya lagi sukar, remaja kita hari ini belum di cerita lagi tentang bacaannya. sembang dua jam boleh, mengaji satu juz berat mulut. sekian.

p/s : entri akan datang mengenai tentang tips blog, tapi terpaksa tangguh pada masa yang sesuai insyaAllah.

santec ph5000

.

fasa kedua fasa keampunan

.
jika di ikutkan dalam satu hadis, kita sekarang ini sudah memasuki fasa kedua ramadhan, fasa keampunan dan apa yang penting sudah hampir ke pertengahan ramadhan dan seterusnya ramadhan akan meninggalkan kita tidak lama lagi.

" Bulan Ramadhan, awalnya rahmah, tengah-tengahnya maghfirah dan akhirnya adalah pembebasan dari neraka " - maksud hadis.

saya tidak mahu membincangkan status hadis ini, bukanlah ahlinya dalam membincangkan hadis ini samaada shahih ataupun tidak tetapi hadis tersebut begitu popular di kalangan ustaz-ustaz kita.

sudah hampir ke-15 ramadhan, penceramah-penceramah tidak putus asa mengingatkan jemaahnya supaya sentiasa ghairah dan istiqamah dalam melakukan amal ibadat ketika bulan ramadhan dan tidak lupa bulan-bulan lain juga. namun, semakin diingat semakin berkurang jemaahnya.

apa yang dikejarnya saya juga tidak pasti, lagu-lagu raya juga telah berkumandang masuknya pertengahan ramadhan, iklan-iklan raya juga sudah bertebaran, jualan-jualan mega raya juga sudah berpelesaran dan sebagainya lagi. pernah ada satu ustaz mengingatkan, " kenapa masuknya ramadhan, kita lebih bersedia menyiapkan diri untuk bulan syawal (hari raya) berbanding bulan ramadhan " kenapa kita tidak bersedia lagi segala hal berkaitan sebelum masuk ramadhan lagi? apa salahnya?

orang arab hampir tergelak dan dukacitanya, apabila rakyat malaysia mengagung-agungkan syawal (hari raya) berbanding ramadhan, baginya ramadhan bulan segalanya, bulan diturunkan al-quran, bulan baik dari seribu bulan, bulan jihad dan banyak lagi. aidiladha bagi mereka lebih afdhal berbanding aidilfitri.

p/s : ku mengharapkan ramadhan kali ini penuh makna, agar dapat kulalui dengan sempurna... - harapan ramadhan [raihan & manbai]

review weblog : quran.com

.
mungkin setengahnya sudah mengetahui mengenai website ini, iaitu quran.com ( website quran ). memang lengkap satu alquran 30 juz dan 114 surah. di quran.com anda boleh membaca ayat suci al-quran sambil mendengar audio bacaannya.

lebih 35 bahasa diterjemahkan, apa yang menariknya bahasa melayu tidak terkecuali. paparan website quran.com ini sungguh menarik, ringkas , baris ayat yang jelas dan mudah di fahami segala menu kehendaknya. jadi anda semua tidak perlu gusar dengan quran.com ini. hanya klik surah yang dikehendaki dan jika mahu dengar audionya hanya klik button " play " untuk memainkannya. satu surah dipaparkan penuh satu webpage, jadi anda tidak perlu terkial-kial membelek-belek pada window/tab yang lain.


website quran.com ini dicipta oleh beberapa sukarelawan yang cintakan quran dan cintakan agama Islam dengan izin kehendak Allah swt sendiri serta kerjasama dengan beberapa pihak sumber terbuka komuniti muslim yang lain. antaranya ialah tanzil, quran complex, zekr dan online quran project.

akhir kata, semua terletak pada kita semua, samaada mahu membaca alquran ataupun tidak, apa salahnya sambil-sambil online kita pasang audio surah pilihan kita sendiri lebih-lebih di bulan yang penuh keberkatan ini dan bulan turunnya alquran.

pertandingan mencipta logo

.

lebih seminggu sahaja lagi penutupan tarikh pertandingan mencipta logo ini dan menangi hadiah wang tunai rm3000. memang banyak tapi hanya untuk seorang pemenang. baru-baru ini saya sudah terlepas dengan pertandingan mencipta logo muktamar pas ke-56, tunggu punya tunggu akhirnya muktamar pun berlangsung. harapnya kali ini tidak mahu melepaskan begitu sahaja. menang atau tidak saya tak kisah. cuba itu penting !

idea didalam kepala sudah ada, tapi hanya satu sahaja, sekurang-kuranya 2-3 atau lebih logo kena hantar, barulah peluang sedikit cerah. Inipun last minit tahu, itupun dari facebook seorang yang di tag. hahaha.

sedikit sebanyak saya tulis detail tentang pertandingan ini, siapa tahu anda juga mahu turut serta, barulah pertandingan lagi sengit. peluang di hujung tanduk.

syarat2 pertandingan

1) hadiah - hanya seorang sahaja pemenang dan bakal mendapat rm3000.
2) syarat2 penyertaan - terbuka kepada semua warga dunia, logo wajib berteraskan " permuafakatan rakyat yang sejahtera dengan kepimpinan ulama menjayakan pembangunan berteraskan islam " , pernyertaan percuma dan boleh menghantar lebih dari satu logo, logo mestilah orginal, bersifat dinamik dan korporat, format logo standard file " jpeg, gif, bmp, pict atau lukisan tangan " , saiz logo 300px
3) tuntutan hakcipta - secara automatikya logo yang dibuat menjadi hak milik kerajaan negeri kelantan dan boleh diguna pakai tanpa syarat.
4) keputusan panel pengadil pertandingan - adalah muktamad.
5) tarikh tutup penyertaan - sebelum atau pada 25 ogos 2010 dan emailkan ke ciptalogo20@kelantan.gov.my bersama nama anda, no k/p, alamat surat menyurat, nombor telefon dan email anda (jika ada).

takpuas hati? boleh rujuk
1) portal rasmi kerajaan negeri kelantan
2) group facebook kerajaan negeri kelantan

p/s : doakan kejayaan saya.

selamat menyambut bulan ramadhan al-mubarak

.
salam, alhamdulillah syukur kepada Allah swt kerana memberi kesempatan untuk berada di dalam bulan ramadhan ini. lebih kurang seminggu sudah kita berpuasa. mungkin kebanyakkan daripada kita pada awalnya memasang cita-cita dalam menghairahkan diri dengan bulan ramadhan ini.

sehingga hari ini bagaimana? mungkin sudah ada yang terputus di tengah-tengah jalan, pada awalnya bersemangat tapi akhirnya ianya menjadi angan-angan. kalian boleh lihat sendiri . takkan hendak membiarkan ramadhan berlalu bergitu sahaja seperti ramadhan-ramadhan yang sudah kita lalui sebelum ini. mungkin ini ramadhan terakhir? hoho...

selagi berbaki ramadhan ini, kita perkemaskan dan mempertingkatkan kembali amal2 kita (termasuk si tukang tulis). sekurang-kurangnya kita tidak " hangat-hangat tahi ayam bunai " sahaja. ramadhan kareem, ramadhan kareem, ramadhan kareem...itu yang kita ucapakan pada awal masuk ramadhan, berpuluh2 ucapan kita sebut. jangan biarkan ianya lenyap begitu sahaja.

hello world!

.
welcome to blogspot. this is your first post. edit or delete it, then start blogging!