pertandingan mencipta logo
lebih seminggu sahaja lagi penutupan tarikh pertandingan mencipta logo ini dan menangi hadiah wang tunai rm3000. memang banyak tapi hanya untuk seorang pemenang. baru-baru ini saya sudah terlepas dengan pertandingan mencipta logo muktamar pas ke-56, tunggu punya tunggu akhirnya muktamar pun berlangsung. harapnya kali ini tidak mahu melepaskan begitu sahaja. menang atau tidak saya tak kisah. cuba itu penting !
idea didalam kepala sudah ada, tapi hanya satu sahaja, sekurang-kuranya 2-3 atau lebih logo kena hantar, barulah peluang sedikit cerah. Inipun last minit tahu, itupun dari facebook seorang yang di tag. hahaha.
sedikit sebanyak saya tulis detail tentang pertandingan ini, siapa tahu anda juga mahu turut serta, barulah pertandingan lagi sengit. peluang di hujung tanduk.
syarat2 pertandingan
1) hadiah - hanya seorang sahaja pemenang dan bakal mendapat rm3000.
2) syarat2 penyertaan - terbuka kepada semua warga dunia, logo wajib berteraskan " permuafakatan rakyat yang sejahtera dengan kepimpinan ulama menjayakan pembangunan berteraskan islam " , pernyertaan percuma dan boleh menghantar lebih dari satu logo, logo mestilah orginal, bersifat dinamik dan korporat, format logo standard file " jpeg, gif, bmp, pict atau lukisan tangan " , saiz logo 300px
3) tuntutan hakcipta - secara automatikya logo yang dibuat menjadi hak milik kerajaan negeri kelantan dan boleh diguna pakai tanpa syarat.
4) keputusan panel pengadil pertandingan - adalah muktamad.
5) tarikh tutup penyertaan - sebelum atau pada 25 ogos 2010 dan emailkan ke ciptalogo20@kelantan.gov.my bersama nama anda, no k/p, alamat surat menyurat, nombor telefon dan email anda (jika ada).
takpuas hati? boleh rujuk
1) portal rasmi kerajaan negeri kelantan
2) group facebook kerajaan negeri kelantan
p/s : doakan kejayaan saya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 butir komen:
Post a Comment