review weblog : quran.com

.
mungkin setengahnya sudah mengetahui mengenai website ini, iaitu quran.com ( website quran ). memang lengkap satu alquran 30 juz dan 114 surah. di quran.com anda boleh membaca ayat suci al-quran sambil mendengar audio bacaannya.

lebih 35 bahasa diterjemahkan, apa yang menariknya bahasa melayu tidak terkecuali. paparan website quran.com ini sungguh menarik, ringkas , baris ayat yang jelas dan mudah di fahami segala menu kehendaknya. jadi anda semua tidak perlu gusar dengan quran.com ini. hanya klik surah yang dikehendaki dan jika mahu dengar audionya hanya klik button " play " untuk memainkannya. satu surah dipaparkan penuh satu webpage, jadi anda tidak perlu terkial-kial membelek-belek pada window/tab yang lain.


website quran.com ini dicipta oleh beberapa sukarelawan yang cintakan quran dan cintakan agama Islam dengan izin kehendak Allah swt sendiri serta kerjasama dengan beberapa pihak sumber terbuka komuniti muslim yang lain. antaranya ialah tanzil, quran complex, zekr dan online quran project.

akhir kata, semua terletak pada kita semua, samaada mahu membaca alquran ataupun tidak, apa salahnya sambil-sambil online kita pasang audio surah pilihan kita sendiri lebih-lebih di bulan yang penuh keberkatan ini dan bulan turunnya alquran.

2 butir komen:

huzaifah said...

salam.ni safari mana ni , kusza ek

sarapiey said...

@huzaifah : adakah orang yang bertanya ini mungkin lebih mengetahui daripada org yang memberi jawapan? hohohoho. kayu gaharu kayu cendana, sudah tahu masih lagi bertanya.

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment