fasa kedua fasa keampunan

.
jika di ikutkan dalam satu hadis, kita sekarang ini sudah memasuki fasa kedua ramadhan, fasa keampunan dan apa yang penting sudah hampir ke pertengahan ramadhan dan seterusnya ramadhan akan meninggalkan kita tidak lama lagi.

" Bulan Ramadhan, awalnya rahmah, tengah-tengahnya maghfirah dan akhirnya adalah pembebasan dari neraka " - maksud hadis.

saya tidak mahu membincangkan status hadis ini, bukanlah ahlinya dalam membincangkan hadis ini samaada shahih ataupun tidak tetapi hadis tersebut begitu popular di kalangan ustaz-ustaz kita.

sudah hampir ke-15 ramadhan, penceramah-penceramah tidak putus asa mengingatkan jemaahnya supaya sentiasa ghairah dan istiqamah dalam melakukan amal ibadat ketika bulan ramadhan dan tidak lupa bulan-bulan lain juga. namun, semakin diingat semakin berkurang jemaahnya.

apa yang dikejarnya saya juga tidak pasti, lagu-lagu raya juga telah berkumandang masuknya pertengahan ramadhan, iklan-iklan raya juga sudah bertebaran, jualan-jualan mega raya juga sudah berpelesaran dan sebagainya lagi. pernah ada satu ustaz mengingatkan, " kenapa masuknya ramadhan, kita lebih bersedia menyiapkan diri untuk bulan syawal (hari raya) berbanding bulan ramadhan " kenapa kita tidak bersedia lagi segala hal berkaitan sebelum masuk ramadhan lagi? apa salahnya?

orang arab hampir tergelak dan dukacitanya, apabila rakyat malaysia mengagung-agungkan syawal (hari raya) berbanding ramadhan, baginya ramadhan bulan segalanya, bulan diturunkan al-quran, bulan baik dari seribu bulan, bulan jihad dan banyak lagi. aidiladha bagi mereka lebih afdhal berbanding aidilfitri.

p/s : ku mengharapkan ramadhan kali ini penuh makna, agar dapat kulalui dengan sempurna... - harapan ramadhan [raihan & manbai]

2 butir komen:

Nurul Iman "Yakinlah Allah Kan Ada ^^," said...

betul syeikh..teruskan beramallllll

Ridhuan said...

Betul tu.. Mailah habiskan saki baki Ramadhan dengan amal ibadah yang penuh bergaya.. Hehe

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment