calon pas prk dun merlimau dan dun kerdau

.
Yuhaizat calon PAS di Merlimau
Tuan Guru Presiden mengumumkan Yuhaizat Abdullah,38, Timbalan Ketua Pemuda PAS Melaka sebagai calon PAS di Merlimau. Pemilihan anak jati Kampung Chinchin yang terletak di dalam Dun Merlimau yang berkelulusan Diploma Tasawur Islam itu dipercayai mampu memberikan tentangan sengit kepada BN yang sememangnya begitu yakin dapat mempertahankan kerusi Merlimau. Beliau pernah bekerja sebagai juruteknik Siemens Semiconductor pada 1994 hingga 1998, Pegawai Tadbir Koperasi Hak Anak Melaka (Kohamas) pada 1998 hingga 2000, Pegawai Tadbir Borneo Security Melaka (2001-2003), Pengurus Projek Kontraktor Penyelenggaraan di MISC Menara Dayabumi (2003-2007) dan Pengurus Projek Kontraktor Penyelenggaraan di Universiti Multimedia pada tahun lepas. - http://n27merlimau.pas.org.my/

Hasanuddin calon PAS di Kerdau
Ketua Penerangan PAS Pahang, Hasanuddin Salim,43, diumumkan sebagai calon PAS bagi pilihan raya kecil (PRK) Kerdau oleh Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam majlis yang diadakan di tapak Kompleks PAS Pahang, Kerdau, pada jam 10.46 malam ini. Hasanuddin yang dilahirkan di Kampung Loyang, Sanggang, Temerloh pernah bertanding di Dun Kerdau pada pilihan raya umum lalu. Beliau yang berkelulusan Diploma Ukur dari UiTM, Shah Alam mempunyai seorang isteri dan tujuh orang anak adalah seorang usahawan. - http://n28kerdau.pas.org.my/

jahiliyyah moden

.
+ adakah perempuan sahaja yang perlu sedar/insaf ?

kenapa bob lokman sertai pas ?

.

+ facebook mohd hakim bin lokman | blog

gambar travelog siyasi pemuda pas

.

12 jaminan pas untuk malaysia baru

.
1. PAS tetap komited untuk melaksanakan agenda pengupayaan bangsa Melayu dan Bumiputera berteraskan prinsip-prinsip di atas;

2. PAS akan terus mempertahankan kedaulatan Raja-raja Melayu dan kepentingan bangsa Melayu dan Bumiputera seperti yang telah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia;

3. PAS tetap beristiqamah untuk menghayati Islam sebagai satu cara hidup sesuai dengan kerangka perlembagaan Malaysia sebagai teras terpenting usaha mengupayakan Melayu;

4. PAS akan sentiasa memastikan seluruh kegiatan pembangunan bangsa Melayu berkiblatkan akhirat demi mencapai keredhaan Allah;

himpunan pgu kali kedua di besut 19 mac 2011

.
himpunan pas ganti umno untuk kali kedua akan dibuat di bandar jerteh besut, tarikhnya pada 19 mac 2011 hari sabtu. di besut menurut sumber terdekat akan berkumpul bersebelahan dengan masjid hadhari ( di bandar jerteh ). jangkaan pemuda akan turun lebih ramai berbanding kali pertama di kemaman baru-baru ini. insyaAllah tgna, tgha, dan dato' azizan razak akan turut sama turun. konvoi bermotor dari setiap dun/kawasan turut ada. semua rakyat terengganu perlu hadir. -pasgantiumno.blogspot.com

himpunan pemuda pas 30k di kedah

.


+ klik gambar untuk tumbesaran dan info selanjutnya di http://h30k.blogspot.com/

banyak entri di bekukan

.
sebenarnya banyak entri yang hendak saya tulis, tapi saya terpaksa bekukannya sementara, entah bila entri tersebut akan dinyah-bekuan, terutama entri-entri berkaitan blog. mutakhir ini, saya lebih fokus kepada sesuatu yang ringkas dan mengenai hal semasa. ribuan kemaafan kepada mereka yang tidak senang dengan blog ini. blog ini sudah berbau politik ! tapi anda patut menelannya.

himpunan pemuda islam terengganu 2011 ( himpit )

.

opick - rapuh

.

hadiah pertama tok ai untuk pengundi tenang

.
harga petrol ron97 akan dinaikkan 10 sen berkuatkuasa tengah malam ini menurut satu sumber industri. dengan kenaikan itu, harga petrol ron97 akan meningkat menjadi rm2.50 seliter (rm2.40 sebelumnya). ini merupakan kenaikan harga yang keempat berturut-turut bagi petrol ron97. kenaikan harga ini juga dilakukan sehari selepas pilihan raya kecil dun tenang yang berlangsung semalam. - malaysiakini