calon pas prk dun merlimau dan dun kerdau

.
Yuhaizat calon PAS di Merlimau
Tuan Guru Presiden mengumumkan Yuhaizat Abdullah,38, Timbalan Ketua Pemuda PAS Melaka sebagai calon PAS di Merlimau. Pemilihan anak jati Kampung Chinchin yang terletak di dalam Dun Merlimau yang berkelulusan Diploma Tasawur Islam itu dipercayai mampu memberikan tentangan sengit kepada BN yang sememangnya begitu yakin dapat mempertahankan kerusi Merlimau. Beliau pernah bekerja sebagai juruteknik Siemens Semiconductor pada 1994 hingga 1998, Pegawai Tadbir Koperasi Hak Anak Melaka (Kohamas) pada 1998 hingga 2000, Pegawai Tadbir Borneo Security Melaka (2001-2003), Pengurus Projek Kontraktor Penyelenggaraan di MISC Menara Dayabumi (2003-2007) dan Pengurus Projek Kontraktor Penyelenggaraan di Universiti Multimedia pada tahun lepas. - http://n27merlimau.pas.org.my/

Hasanuddin calon PAS di Kerdau
Ketua Penerangan PAS Pahang, Hasanuddin Salim,43, diumumkan sebagai calon PAS bagi pilihan raya kecil (PRK) Kerdau oleh Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam majlis yang diadakan di tapak Kompleks PAS Pahang, Kerdau, pada jam 10.46 malam ini. Hasanuddin yang dilahirkan di Kampung Loyang, Sanggang, Temerloh pernah bertanding di Dun Kerdau pada pilihan raya umum lalu. Beliau yang berkelulusan Diploma Ukur dari UiTM, Shah Alam mempunyai seorang isteri dan tujuh orang anak adalah seorang usahawan. - http://n28kerdau.pas.org.my/

0 butir komen:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment