" Bulan Ramadhan, awalnya rahmah, tengah-tengahnya maghfirah dan akhirnya adalah pembebasan dari neraka " - maksud hadis.
saya tidak mahu membincangkan status hadis ini, bukanlah ahlinya dalam membincangkan hadis ini samaada shahih ataupun tidak tetapi hadis tersebut begitu popular di kalangan ustaz-ustaz kita.
sudah hampir ke-15 ramadhan, penceramah-penceramah tidak putus asa mengingatkan jemaahnya supaya sentiasa ghairah dan istiqamah dalam melakukan amal ibadat ketika bulan ramadhan dan tidak lupa bulan-bulan lain juga. namun, semakin diingat semakin berkurang jemaahnya.
apa yang dikejarnya saya juga tidak pasti, lagu-lagu raya juga telah berkumandang masuknya pertengahan ramadhan, iklan-iklan raya juga sudah bertebaran, jualan-jualan mega raya juga sudah berpelesaran dan sebagainya lagi. pernah ada satu ustaz mengingatkan, " kenapa masuknya ramadhan, kita lebih bersedia menyiapkan diri untuk bulan syawal (hari raya) berbanding bulan ramadhan " kenapa kita tidak bersedia lagi segala hal berkaitan sebelum masuk ramadhan lagi? apa salahnya?
orang arab hampir tergelak dan dukacitanya, apabila rakyat malaysia mengagung-agungkan syawal (hari raya) berbanding ramadhan, baginya ramadhan bulan segalanya, bulan diturunkan al-quran, bulan baik dari seribu bulan, bulan jihad dan banyak lagi. aidiladha bagi mereka lebih afdhal berbanding aidilfitri.
p/s : ku mengharapkan ramadhan kali ini penuh makna, agar dapat kulalui dengan sempurna... - harapan ramadhan [raihan & manbai]
2 butir komen:
betul syeikh..teruskan beramallllll
Betul tu.. Mailah habiskan saki baki Ramadhan dengan amal ibadah yang penuh bergaya.. Hehe
Post a Comment