saya pernah ditegur oleh kawan saya suatu ketika dahulu mengenai hal ini. iaitu hal ketika menjawab telefon apabila dipanggil/ditelefon oleh seseorang. apa ucapan pertama yang terbit dari mulut kita?
rata-ratanya ucapan pertama yang terbit/lahir dari mulut kita ialah ucapan " hello " kemudian baru disusuli dengan perkataa " aslmkm wbrt... " - hal ini di membuatkan saya ditegur oleh kawan saya suatu ketika dahulu. saya terimanya dengan hati terbuka. sehingga hari ini, saya mampu mengubahnya. terbit/lahir yang pertama ialah " aslmkm ".
sehingga hari ini jugalah, apabila saya mendengar orang menjawab telefon, ucapan " hello " didahulukan, saya berasa janggal. mungkin orang yang berbuat sedemikian pasti ada sebabnya. fikir-fikirkanlah.
p/s : dalam kotak kepala banyak hal perkara hendak disebutkan dalam blog ini, tapi biarlah, sekadar mampu untuk updatenya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 butir komen:
Saya pun masih ber hello2.. Payah betul nak ubah tabiat dari umur 3 tahun, 1st time pandai jawab telefon..
Tapi insyaAllah, assalamualaikum akan menjadi ganti kepada hello pas ni.. TQ encik sarapiey atas peringatan ini.. :)
Post a Comment