penangan maher zain

.
saya rasa saya sedikit ketinggalan untuk menceritakan tentang maher zain. tapi sehingga hari ini suaranya masih lagi berkumandang di setiap bibir-bibir peminatnya. saya kira semua golongan kenal dan tahu siapa maher zain. ibu saya juga tidak ketinggalan !

itu maher zain, mewarnai dunia dengan nasyid/lagu yang liriknya memuji-memuji yang maha esa serta pesuruhnya. liriknya juga turut mendoakan kesejahteraan. saya kira lagu ketika cinta bertasbih turut sama lenyap bersama munculnya lagu " Baraka Allahu Lakuma ", " Insha Allah " dan banyak lagi.

penuh teruja
rata-ratanya lagu maher zain di mainkan, apatah lagi di corong-corong radio, sebelum azan maher zain dipasang. hari ini juga tidak pelik, kanak-kanak kecil turut sama terikut dan menyanyi lagu maher zain ini. seolah-olah mengerti akan maksudnya. berulang-kali yang sama dipasang tidak kisah.

sewaktu ihtifal fardhu ain di kampung saya baru-baru ini juga, petah sekali mereka mendendangkan nasyid " insha Allah ", solonya begitu fasih dan cairnya mengalir. saya masih lagi merangkak-merangkak. majlis kahwin mutakhir ini juga turut sama ada maher zain. kalau dulu, katanya dj, siti nurhalija datang, anuar zain juga dll.


taksub sehala
seketikanya persembahan maher zain permulaan di malaysia. tiket persembahan begitu laris, sehingga ada lagi peminat tegarnya belum sempat membelinya, yang lain sudah tempah awal2. mungkin muslimah yang memenuhi ruang stadium. sehingga lagu di nyanyikan. muslimah-muslimah bertempik bersorak mendengarnya. mungkin kali pertama melihat maher zain. tampan agaknya bagi mereka.

esoknya, radio tidak ketinggalan membuat siaran live menjemput maher zain ke kontinya, ramai pendengar2 setianya siaran radio berkenaan membuat panggilan ingin bercakap2 dengan maher zain, sehingga anak kecil juga tidak mahu ketinggalan.

Maher Zain – Baraka Allahu Lakuma


Maher Zain - Insha Allah


itu kisah penangan maher zain, saya kira mawi turut surrender kepada maher zain.

0 butir komen:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment