tadarus al-quran

.
kira-kiranya kini sudah memasuki 18 ramadhan, rata-rata masjid surau sudah mengadakan iftar dan ditambahkan lagi dengan majlis khatam quran ( buat namat ), maknanya, sudah khatam la quran 30 juzuk ahli surau masjid tersebut bagi yang terlibat.

tapi saya bersama kumpulan saya masih lagi belum tamat tadarus al-quran, baru tamat juz 11 ( bacaan personal tak payah cerita ), kadang-kadang hari minggu apabila ada kerja pada awal pagi, terpaksa di batalkan tadarus, kenapa tidak buat lepas terawikh? cerita kemudian hari kalau ada masa.

kesimpulannya : masyarakat kita hari ini masih lagi lemah dalam membaca al-quran, hendak memahami makna dan amalkannya lagi sukar, remaja kita hari ini belum di cerita lagi tentang bacaannya. sembang dua jam boleh, mengaji satu juz berat mulut. sekian.

p/s : entri akan datang mengenai tentang tips blog, tapi terpaksa tangguh pada masa yang sesuai insyaAllah.

santec ph5000

.

fasa kedua fasa keampunan

.
jika di ikutkan dalam satu hadis, kita sekarang ini sudah memasuki fasa kedua ramadhan, fasa keampunan dan apa yang penting sudah hampir ke pertengahan ramadhan dan seterusnya ramadhan akan meninggalkan kita tidak lama lagi.

" Bulan Ramadhan, awalnya rahmah, tengah-tengahnya maghfirah dan akhirnya adalah pembebasan dari neraka " - maksud hadis.

saya tidak mahu membincangkan status hadis ini, bukanlah ahlinya dalam membincangkan hadis ini samaada shahih ataupun tidak tetapi hadis tersebut begitu popular di kalangan ustaz-ustaz kita.

sudah hampir ke-15 ramadhan, penceramah-penceramah tidak putus asa mengingatkan jemaahnya supaya sentiasa ghairah dan istiqamah dalam melakukan amal ibadat ketika bulan ramadhan dan tidak lupa bulan-bulan lain juga. namun, semakin diingat semakin berkurang jemaahnya.

apa yang dikejarnya saya juga tidak pasti, lagu-lagu raya juga telah berkumandang masuknya pertengahan ramadhan, iklan-iklan raya juga sudah bertebaran, jualan-jualan mega raya juga sudah berpelesaran dan sebagainya lagi. pernah ada satu ustaz mengingatkan, " kenapa masuknya ramadhan, kita lebih bersedia menyiapkan diri untuk bulan syawal (hari raya) berbanding bulan ramadhan " kenapa kita tidak bersedia lagi segala hal berkaitan sebelum masuk ramadhan lagi? apa salahnya?

orang arab hampir tergelak dan dukacitanya, apabila rakyat malaysia mengagung-agungkan syawal (hari raya) berbanding ramadhan, baginya ramadhan bulan segalanya, bulan diturunkan al-quran, bulan baik dari seribu bulan, bulan jihad dan banyak lagi. aidiladha bagi mereka lebih afdhal berbanding aidilfitri.

p/s : ku mengharapkan ramadhan kali ini penuh makna, agar dapat kulalui dengan sempurna... - harapan ramadhan [raihan & manbai]

review weblog : quran.com

.
mungkin setengahnya sudah mengetahui mengenai website ini, iaitu quran.com ( website quran ). memang lengkap satu alquran 30 juz dan 114 surah. di quran.com anda boleh membaca ayat suci al-quran sambil mendengar audio bacaannya.

lebih 35 bahasa diterjemahkan, apa yang menariknya bahasa melayu tidak terkecuali. paparan website quran.com ini sungguh menarik, ringkas , baris ayat yang jelas dan mudah di fahami segala menu kehendaknya. jadi anda semua tidak perlu gusar dengan quran.com ini. hanya klik surah yang dikehendaki dan jika mahu dengar audionya hanya klik button " play " untuk memainkannya. satu surah dipaparkan penuh satu webpage, jadi anda tidak perlu terkial-kial membelek-belek pada window/tab yang lain.


website quran.com ini dicipta oleh beberapa sukarelawan yang cintakan quran dan cintakan agama Islam dengan izin kehendak Allah swt sendiri serta kerjasama dengan beberapa pihak sumber terbuka komuniti muslim yang lain. antaranya ialah tanzil, quran complex, zekr dan online quran project.

akhir kata, semua terletak pada kita semua, samaada mahu membaca alquran ataupun tidak, apa salahnya sambil-sambil online kita pasang audio surah pilihan kita sendiri lebih-lebih di bulan yang penuh keberkatan ini dan bulan turunnya alquran.

pertandingan mencipta logo

.

lebih seminggu sahaja lagi penutupan tarikh pertandingan mencipta logo ini dan menangi hadiah wang tunai rm3000. memang banyak tapi hanya untuk seorang pemenang. baru-baru ini saya sudah terlepas dengan pertandingan mencipta logo muktamar pas ke-56, tunggu punya tunggu akhirnya muktamar pun berlangsung. harapnya kali ini tidak mahu melepaskan begitu sahaja. menang atau tidak saya tak kisah. cuba itu penting !

idea didalam kepala sudah ada, tapi hanya satu sahaja, sekurang-kuranya 2-3 atau lebih logo kena hantar, barulah peluang sedikit cerah. Inipun last minit tahu, itupun dari facebook seorang yang di tag. hahaha.

sedikit sebanyak saya tulis detail tentang pertandingan ini, siapa tahu anda juga mahu turut serta, barulah pertandingan lagi sengit. peluang di hujung tanduk.

syarat2 pertandingan

1) hadiah - hanya seorang sahaja pemenang dan bakal mendapat rm3000.
2) syarat2 penyertaan - terbuka kepada semua warga dunia, logo wajib berteraskan " permuafakatan rakyat yang sejahtera dengan kepimpinan ulama menjayakan pembangunan berteraskan islam " , pernyertaan percuma dan boleh menghantar lebih dari satu logo, logo mestilah orginal, bersifat dinamik dan korporat, format logo standard file " jpeg, gif, bmp, pict atau lukisan tangan " , saiz logo 300px
3) tuntutan hakcipta - secara automatikya logo yang dibuat menjadi hak milik kerajaan negeri kelantan dan boleh diguna pakai tanpa syarat.
4) keputusan panel pengadil pertandingan - adalah muktamad.
5) tarikh tutup penyertaan - sebelum atau pada 25 ogos 2010 dan emailkan ke ciptalogo20@kelantan.gov.my bersama nama anda, no k/p, alamat surat menyurat, nombor telefon dan email anda (jika ada).

takpuas hati? boleh rujuk
1) portal rasmi kerajaan negeri kelantan
2) group facebook kerajaan negeri kelantan

p/s : doakan kejayaan saya.

selamat menyambut bulan ramadhan al-mubarak

.
salam, alhamdulillah syukur kepada Allah swt kerana memberi kesempatan untuk berada di dalam bulan ramadhan ini. lebih kurang seminggu sudah kita berpuasa. mungkin kebanyakkan daripada kita pada awalnya memasang cita-cita dalam menghairahkan diri dengan bulan ramadhan ini.

sehingga hari ini bagaimana? mungkin sudah ada yang terputus di tengah-tengah jalan, pada awalnya bersemangat tapi akhirnya ianya menjadi angan-angan. kalian boleh lihat sendiri . takkan hendak membiarkan ramadhan berlalu bergitu sahaja seperti ramadhan-ramadhan yang sudah kita lalui sebelum ini. mungkin ini ramadhan terakhir? hoho...

selagi berbaki ramadhan ini, kita perkemaskan dan mempertingkatkan kembali amal2 kita (termasuk si tukang tulis). sekurang-kurangnya kita tidak " hangat-hangat tahi ayam bunai " sahaja. ramadhan kareem, ramadhan kareem, ramadhan kareem...itu yang kita ucapakan pada awal masuk ramadhan, berpuluh2 ucapan kita sebut. jangan biarkan ianya lenyap begitu sahaja.

hello world!

.
welcome to blogspot. this is your first post. edit or delete it, then start blogging!