Showing posts with label info semasa. Show all posts
Showing posts with label info semasa. Show all posts

lima tawaran pas terengganu kepada rakyat terengganu

.

1. pas akan menyelesaikan persoalan tanah rakyat khususnya yang dirampas oleh kerajaan yang lalu.

2. memberi kembali pengecualian cukai pintu rumah kediaman

3. mewujudkan 17,000 peluang pekerjaan khususnya kepada anak muda yang menganggur

4. memberi cuti 30 hari bergaji bagi kakitangan kerajaan yang kematian suami sebagai tempoh bergabung.

5. merakyatkan ekonomi dan menawarkan skim khas bagi membantu kemiskinan.

atas cakna kepada maslahah rakyat kini, pihak pas akan menawarkan 10 tawaran utama yang seiring dengan tawaran pr jika menawan putrajaya dengan ‘buku jingga’ yang menawarkan 10 janji selepas 100 hari pr memerintah. pas terengganu hanya mengumumkan 5 perkara dan 5 perkara lagi yang lebih hebat akan diumumkan dimasa akan datang.

#rujukan dan selanjutnya : ustsaifulbahri.blogspot.com

unggun bersih - a. samad said

.


semakin lara kita didera bara—
kita laungkan juga pesan merdeka:
demokrasi sebenderang mentari
sehasrat hajat semurni harga diri.

lama resah kita—demokrasi luka;
lama duka kita—demokrasi lara.
demokrasi yang angkuh, kita cemuhi;
suara bebas yang utuh, kita idami!

dua abad lalu sam adams berseru:
(di boston dijirus teh ke laut biru):
tak diperlu gempita sorak yang gebu,
diperlu hanya unggun api yang syahdu.

kini menyalalah unggun sakti itu;
kini merebaklah nyala unggun itu.

24 - 25, 6.11. A. SAMAD SAID

8 tuntutan bersih 2.0 - 9 julai 2011

.

1. bersihkan senarai undi
2. menreformasi undi pos
3. guna dakwat kekal
4. masa kempen minima 21 hari
5. akses media yang bebas dan adil
6. kukuhkan institusi awam
7. hentikan rasuah
8. hentikan politik kotor

bersih 2.0 - gabungan pilihanraya bersih dan adil
9 julai 2011 bersamaan 9 sya'ban 1432h
2.oo petang
kuala lumpur

kabinet perang pas terengganu 2011/2013

.
Pesuruhjaya - YB Haji Mohd Abdul Wahid Endut
Timb. Pesuruhjaya 1 - Ustaz Satiful Bahri Mamat
Timb. Pesuruhjaya 2 - Haji Muhyiddin Abdul Rashid
Timb. Pesuruhjaya 3 - YB Dr. Alias Razak
Setiausaha - Haji Yahya Ali
Pen. Setiausaha 1 - Ustaz Kamaruddin Yunus
Pen. Setiausaha 2 - Haji Hanafiah Mat
Pen. Setiausaha 3 - Ustaz Zakaria Dagang
Bendahari - Mohd Shukrimun Shamsuddin
Ketua Penerangan - Ustaz Nik Zawawi Nik Salleh
Pengarah Pilihanraya - Ariffin Deraman
Ahli-ahli Jawatankuasa ;
1. Dato' Ustaz Abu Bakar Chik
2. Haji Hussin ismail
3. Abdul Harris Malik
4. Ustaz Harun Jusoh
5. Dr. Mohd Khazani Abdullah
6. Dr Azman Ibrahim
7. Hajjah Zarani Othman

Ketua Dewan Ulamak : Datuk Husein Awang
Ketua Dewan Pemuda : Ustaz Mohd Nor Hamzah
Ketua Dewan Muslimat : Safinah Jusoh

senarai pimpinan pas pusat sesi 2011 - 2013

.
AHLI JAWATANKUASA KERJA PAS PUSAT


1. PRESIDEN : YB DATO’ SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG
2. TIMBALAN PRESIDEN : TUAN HAJI MOHAMAD SABU
3. NAIB PRESIDEN : YB SALAHUDDIN AYUB
4. NAIB PRESIDEN : YB DATUK PADUKA HAJI HUSAM MUSA
5. NAIB PRESIDEN : YB DATO' HJ MAHFUZ OMAR
6. KETUA DEWAN ULAMAK : YB DATO’ USTAZ HAJI HARUN TAIB
7. KETUA DEWAN PEMUDA : USTAZ NASRUDIN HASSAN THANTAWI
8. KETUA DEWAN MUSLIMAT : YB SITI ZAILAH YUSOF
9. SETIAUSAHA AGUNG : DATO’ HAJI MUSTAFA ALI
10. PEN. SETIAUSAHA AGUNG : YB DATUK TAKIYUDDIN HASSAN
11. PEN. SETIAUSAHA AGUNG : YB DR SYED AZMAN SYED AHMAD NAWAWI
12. PEN. SETIAUSAHA AGUNG : TUAN AHMAD SABKI YUSUF
13. BENDAHARI PAS PUSAT : YB DATO’ USTAZ HAJI ABDUL HALIM ABDUL RAHMAN
14. KETUA PENERANGAN PAS PUSAT : DATUK TUAN IBRAHIM TUAN MAN
15. KETUA PENGARAH PILIHANRAYA : YB DR. HAJI MOHD. HATTA MD RAMLI
16. AHLI JAWATANKUASA KERJA : TUAN MAZLAN ALIMAN
17. AHLI JAWATANKUASA KERJA : YB DATO' KAMARUDIN JAFFAR
18. AHLI JAWATANKUASA KERJA : TUAN HANIPA MAIDIN
19. AHLI JAWATANKUASA KERJA : YB DR DZULKEFLY AHMAD
20. AHLI JAWATANKUASA KERJA : YB DR MUJAHID YUSOF RAWA
21. AHLI JAWATANKUASA KERJA : YB HJ KHALID ABD SAMAD
22. AHLI JAWATANKUASA KERJA : USTAZ ABDUL GHANI SHAMSUDDIN
23. AHLI JAWATANKUASA KERJA : YB IR AMIRUDDIN HAMZAH
24. AHLI JAWATANKUASA KERJA : YB HJ ABDUL WAHID ENDUT
25. AHLI JAWATANKUASA KERJA : DATO' USTAZ ABU BAKAR CHICK
26. AHLI JAWATANKUASA KERJA : YB DATO' USTZ MOHD AMAR ABDULLAH
27. AHLI JAWATANKUASA KERJA : DATO' DR MAHFODZ MOHAMED
28. AHLI JAWATANKUASA KERJA : YB DR SITI MARIAH MAHMUD
29. AHLI JAWATANKUASA KERJA : YB DATO' DR HASSAN MOHAMAD ALI
30. AHLI JAWATANKUASA KERJA : USTAZ ABDUL GHANI ABDUL RAHMAN
31. AHLI JAWATANKUASA KERJA : YB DATO; SERI USTAZ AZIZAN ABDUL RAZAK
32. AHLI JAWATANKUASA KERJA : USTAZAH NURIDAH SALLEH
33. AHLI JAWATANKUASA KERJA : YB NASHARUDIN MAT ISA
34. AHLI JAWATANKUASA KERJA : USTAZ IDRIS AHMAD
35. AHLI JAWATANKUASA KERJA : HAJI ASMUNI AWI
36. AHLI JAWATANKUASA KERJA : YB DATO' SERI IR MOHAMAD NIZAR JAMALUDDIN
37. AHLI JAWATANKUASA KERJA : TUAN ZULKEFLY MOHAMMAD IMAR
38. AHLI JAWATANKUASA KERJA : ABANG AHMAD KERDEE MASAGUS


selamat bermuktamar - muktamar tahunan pas kali ke-57

.



#website Muktamar PAS kali ke-57 - link

pak usop sura tengah telah kembali ke rahmatullah - alfatihah

.

al-fatihah buat allahyarham pak usop@ayoh long usop@hj mohd bin omar, pengerusi masjid lama sura.. semoga rohnya berada di kalangan orang² yang beriman.. ameen. Lepas maghrib tadi solat jenazah di masjid Lama Sura. meninggal kira2 jam 1.50 tngh. sakit barah

pak usop sura meninggal dunia -harakahdaily

harga gula naik 20sen

.
hari ini harga gula sudah naik 20sen, harga sebelum ini rm2.10 sekilogram menjadi rm2.30 sekelogram. sebelum ini kita dikejut-berukkan oleh kenaikan harga minyak ron97 sebanyak 20sen juga dan jumlahnya menjadi rm2.90seliter.

berkenaan kenaikan harga gula, ia dimaklumkan oleh ketua setiausaha kementerian dalam negeri dan hal ehwal pengguna mohd zain mohd dom yang berkata kenaikan itu selaras dengan keputusan mesyuarat majlis ekonomi pada hari ini.

jelasnya mohd zain, walaupun perubahan harga runcit dibuat, ia adalah lebih rendah berbanding negara serantau, termasuk indonesia, singapura, thailand dan filipina. -harakahdaily

nota kaki : mungkin ini salah satu cara kerajaan membendung penyakit kecing manis, dengan kenaikan harga gula, maka kuranglah orang membeli dan menggunakan gula. :-)

ijtima' pas dun paka

.
ijtima' pas dun paka, pada 07 mei 2011, sabtu, jam 09 pagi, di dewan darul bayan, dirasmikan oleh ybhg mohd bin sabu. semua muslimin dan muslimat dijemput hadir...
#kepada pengundi dan penetap di paka, jom sertai facebook pas dun paka !

himpunan pas ganti umno di kuala terengganu - 100k [tunda bulan julai]

.
himpunan kebangkitan rakyat - pas ganti umno [pgu 100k] peringkat zon tengah negeri terengganu. pada 20-21 mei 2011 bersamaan 17-18 jamadil akhir 1432 bertempat di kg tanjung batu 1, bandar kuala terengganu ( belakang hotel tanjung vista. kupon derma rm3 turut di sediakan.

p/s : pgu paling terbesar sekali antara pgu-pgu lain. 1OOk tu.

kenali calon pas di pilihan raya sarawak

.
1) haji adam bin ahid (n22 sebuyau)
detail profail calon n22 sebuyau

2) abang ahmad kerdee bin abang masagus - abang mat (n24 beting maro)
detail profail calon n24 beting maro

surat seorang remaja kepada perdana menteri malaysia

.
Assalamualaikum Dato’ Seri.
Saya, Muhammad Muizzuddin bin Zaini. InsyaALLAH Julai nanti genaplah umur saya 19 tahun. Masih berbaki lebih kurang 2 tahun sebelum saya layak mengundi. Tetapi saya yakin dalam ruang demokrasi tidak pula mensyaratkan yang saya hendaklah berumur 21 tahun untuk melayakkan surat saya ini dibaca Dato’ Seri.

Dato’ Seri, saya ingin memperkenalkan diri sebagai remaja yang sangat ingin tahu. Keinginan saya ini menjadikan saya remaja yang tidak hanya terpaku di meja belajar semata. Saya mampu menonton berita hingga ke penghujungnya (tidak di bahagian Sukan semata).
Saya juga mampu membaca suratkhabar dari muka depan hingga ke muka akhir. Saya sering ‘singgah’ di laman-laman sesawang untuk melihat berita-berita yang tidak tersiar di media arus perdana. Saya juga remaja yang suka meladeni buku-buku yang tidak menjadi kegilaan kebanyakan remaja seusia saya.

Tidaklah pula saya katakan yang saya lebih tahu daripada Dato’ Seri, tidak. Saya cuma mahu tegaskan saya adalah remaja yang memerhati. Saya adalah remaja yang bukan kerjanya sehari-hari hanyalah makan, tidur, ‘menelan’ buku teks semata. Saya adalah remaja yang mengikuti rapat perkembangan-perkembangan semasa negara tercinta ini.

calon pas prk dun merlimau dan dun kerdau

.
Yuhaizat calon PAS di Merlimau
Tuan Guru Presiden mengumumkan Yuhaizat Abdullah,38, Timbalan Ketua Pemuda PAS Melaka sebagai calon PAS di Merlimau. Pemilihan anak jati Kampung Chinchin yang terletak di dalam Dun Merlimau yang berkelulusan Diploma Tasawur Islam itu dipercayai mampu memberikan tentangan sengit kepada BN yang sememangnya begitu yakin dapat mempertahankan kerusi Merlimau. Beliau pernah bekerja sebagai juruteknik Siemens Semiconductor pada 1994 hingga 1998, Pegawai Tadbir Koperasi Hak Anak Melaka (Kohamas) pada 1998 hingga 2000, Pegawai Tadbir Borneo Security Melaka (2001-2003), Pengurus Projek Kontraktor Penyelenggaraan di MISC Menara Dayabumi (2003-2007) dan Pengurus Projek Kontraktor Penyelenggaraan di Universiti Multimedia pada tahun lepas. - http://n27merlimau.pas.org.my/

Hasanuddin calon PAS di Kerdau
Ketua Penerangan PAS Pahang, Hasanuddin Salim,43, diumumkan sebagai calon PAS bagi pilihan raya kecil (PRK) Kerdau oleh Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam majlis yang diadakan di tapak Kompleks PAS Pahang, Kerdau, pada jam 10.46 malam ini. Hasanuddin yang dilahirkan di Kampung Loyang, Sanggang, Temerloh pernah bertanding di Dun Kerdau pada pilihan raya umum lalu. Beliau yang berkelulusan Diploma Ukur dari UiTM, Shah Alam mempunyai seorang isteri dan tujuh orang anak adalah seorang usahawan. - http://n28kerdau.pas.org.my/

12 jaminan pas untuk malaysia baru

.
1. PAS tetap komited untuk melaksanakan agenda pengupayaan bangsa Melayu dan Bumiputera berteraskan prinsip-prinsip di atas;

2. PAS akan terus mempertahankan kedaulatan Raja-raja Melayu dan kepentingan bangsa Melayu dan Bumiputera seperti yang telah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia;

3. PAS tetap beristiqamah untuk menghayati Islam sebagai satu cara hidup sesuai dengan kerangka perlembagaan Malaysia sebagai teras terpenting usaha mengupayakan Melayu;

4. PAS akan sentiasa memastikan seluruh kegiatan pembangunan bangsa Melayu berkiblatkan akhirat demi mencapai keredhaan Allah;

hadiah pertama tok ai untuk pengundi tenang

.
harga petrol ron97 akan dinaikkan 10 sen berkuatkuasa tengah malam ini menurut satu sumber industri. dengan kenaikan itu, harga petrol ron97 akan meningkat menjadi rm2.50 seliter (rm2.40 sebelumnya). ini merupakan kenaikan harga yang keempat berturut-turut bagi petrol ron97. kenaikan harga ini juga dilakukan sehari selepas pilihan raya kecil dun tenang yang berlangsung semalam. - malaysiakini

cikgu mala calon pas dun tenang

.


ron97 dan minyak tanah naik 10 sen

.
rasanya baru je lagi menulis entri pasal minyak naik. seperti biasa, saya mengetahui perkhabaran kenaikan harga minyak ini melalui twitter pada petang kelmarin. pagi hari ini, tonton berita jam 7. memang sah naik. - mungkin tidak ada rasa bersalah.

harga ron97 dan minyak tanah akan naik 10 sen. ron97 hari ini menjadi rm2.40 seliter harga sebelumnya rm2.30 seliter. minyak tanah pula rm2.50 seliter. tahniah kepada kerajaan malaysia. - 2011 masa untuk berubah.

katanya pemberita, minyak ron95 kekal rm.190 seliter, diesel rm1.80 dan lpg rm1.90 sekilo. kiranya tidak menjejaskan harga ketiga-tiga bahan ini. ya, saya percaya ! mungkin hari ini tidak menjejaskan. esok lusa bagaimana?

berkenaaan dengan hal ini, minyak yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Negara Pengeksport Minyak (Opec) meningkat kepada US$89.79 mulai minggu ini. - alasan biasa yang diguna-pakai.

rujukan - mstar.com.my

10 janji pakatan rakyat dalam tempoh 100 hari jika di berikan kuasa memerintah

.
1. Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

2. Mengarahkan Khazanah Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuhraya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuhraya oleh kerajaaan dengan tujuan menghapuskan tol.

3. Merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada pihak swasta (seperti subsidi gas sebanyak RM19 bilion kepada penjana bebas) dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat.

Kertas Kerja PAS ganti UMNO ( PGU )

.
Rasional Kenapa UMNO Perlu Diganti Dengan PAS

1. Islam Tidak Menjadi Dasar Umno
2. Dasar Umno yang pragmatis (ikut suasana)
3. Islam hanya kuda tunggangan Umno
4. Program Islam Sebagai Alat Politik
5. Peralatkan Melayu Untuk Kepentingan Peribadi
6. Sikap Individualistik
7. Melahirkan pemimpin yang tidak berakhlak, penuh dengan skandal.
8. Umno Tidak Membela Agama.
9. Orang Agama (ulama’) Umno hanya subang tembaga.
10. Dasar Umno putera bukan bumiputera.
11. Gagal Meningkat Ekonomi Bumiputera
12. Khianat Bahasa Sendiri.
13. Politik khianat bangsa.
14. Rasuah dalam pemilihan kepimpinan.
15. Tun Musa Hitam mengatakan Umno dilanda penyakit “Ketuaan”
16. Gagal Mengatasi Masalah Akhlak
17. Keselamatan Sosial Semakin Merosot
18. Peranan Masjid Dimatikan
19. Menyuburkan Industri Maksiat
20. Gagal Mengatasi Rasuah Sehingga Menjadi Barah
21. Mengkhianati Hak Orang Miskin
22. Membayar Wang Rakyat Kepada Syarikat APCO Israel
23. Harta Negara Tergadai Di Tangan Asing

minyak naik lagi

.
minyak tetap naik walaupun saya sedikit lambat menceritakan tentang isu kenaikan harga minyak. awalnya saya mengetahui perkhabaran baik ini melalui laman sosial twitter. rupanya ura-ura tersebut memang benar.

pada awalnya desas-desus mengatakan hanya ron97 sahaja yang naik, sehari dua selepas itu ron95 turut sama naik. saya kira ini berita baik bagi semua pihak, terutama rakyat malaysia sendiri, berita baik untuk pilihanraya akan datang. mudah-mudahan kenaikan harga minyak ini boleh menumbangkan barisan nasional dan umno.