Showing posts with label tips blog. Show all posts
Showing posts with label tips blog. Show all posts

6 servis pendekkan url paling popular

.
dipendekkan cerita, untuk memendekkan url sesuatu link yang panjang contohnya,http://sarapiey.blogspot.com/2011/01/himpunan-kebangkitan-rakyat-pas-ganti.html anda boleh pendekkan link tersebut menjadi seperti ini http://goo.gl/eqpIZ dan ini http://bit.ly/dE3o3y. antara sebabnya kebanyakkan orang gunakan servis pendekkan url ini kerana :

1) untuk memperkemaskan url/link supaya tidak kelihatan terlalu panjang.
2) supaya orang tidak tahu url/link yang di pautkan. kebanyakkan supaya bertujuan ramai pengunjung mengklik link tersebut, padahal ada udang disebalik batu. dekat shoutbox biasa kita jumpa.
3) jimatkan ruang status pada mana2 laman sosial yang ingin di gunakan. contoh dekat twitter, hanya 140 huruf sahaja di benarkan.
4) kaki pengiklan suka menggunakan shorten url.
5) boleh difikirkan sebab-sebab lain yang sesuai. :-)

cara baru baca blog di blogspot

.

hari ini, blogger telah memperkenal fungsi terbaru untuk membaca blog. salah satu proses peningkatan penyedia blog popular selain wordpress yang menggunakan teknologi terbaru termasuk ajax, html5, css3. antara kelebihan fungsi ini ialah :

1) infinite scrolling : anda blog membaca blog tanpa perlu membuka halaman seterusnya. ianya hanya satu paparan sahaja.
2) new layouts : pandangan berbeza sesuai dengan semua jenis blog.
3) speed : download gambar seperti yang dilihat. ianya pantas dan jimat masa anda.
4) interactivity : cara terbaru ini lebih menghayati kandungan isi blog. teruja !

domain dan hosting

.
sudah lama saya tidak menulis dengan idea sendiri. asyik masukkan video, gambar dan sewaktu dengannya. apa yang hendak diceritakan disini, saya sedang berkira-kira untuk menyambar domain nama saya sendiri dan sedikit sebanyak perihal domain dan hosting ini.

mungkin ada yang bertanya apakah domain itu, senang cerita saya simpulkan ianya ialah alamat untuk laman web/blog anda. sebagai contoh, http://sarapiey.com/. sebenarnya lebih kurang dua tahun saya bergelumang dengan domain dan hosting ini. ada yang sehingga hari ini ianya masih kekal dan terus maju jaya. - sila cari sendiri.

hosting itu pekebenda plak? untuk memudahkan anda faham, hosting boleh dikatakan tempat untuk simpan data-data laman web/blog anda. termasuklah file, gambar, video, teks dan sebagainya. untuk pengguna blogspot, anda tak perlu susah-susah fikir pasal hosting, semuanya pihak blogger.com/blogspot sudah uruskan. kiranya untuk blog percuma lah.

facebook tempat promosi link blog terbaik

.
mungkin ada di antara kita sudah mengetahuinya, rata-rata di kalangan kita menggunakan facebook sebagai medium untuk promosi blog mereka. sehingga ada yang lebih dari sepuluh link blog di letak di facebook.

mungkin juga kita boleh promosi artikel terbaru blog kita di facebook, ianya dengan hanya linkkan artikel ( permanent link ) pada status facebook anda. - " what's on your mind ". tapi awas ! acapkali anda promosi entri baru anda, orang ramai akan meluat, percayalah.

ketahui blogger stats blog anda

.
secara ringkasnya, kini pihak blogger telah mempunyai " blogger stats " sendiri, jika sebelum ini untuk melihat statistik, pageview, trafik blog dan sebagainya perlu memasang widget2 tertentu terlebih dahulu.

mungkin sehingga hari ini pasti ada pengguna blogger masih tidak perasan tetang kewujudan fungsi blogger stats ini. sekitar 2-4 bulan yang lepas blogger stats ini dilancarkan.

di blogger stats anda boleh melihat :
1) page views - berapa orang yang masuk ke blog anda setiap hari
2) post views - berapa orang membaca entri anda hari ini
3) traffic sources - dari mana orang mengetahui/mengklik link blog anda ( referrer )
4) pageviews country - pengguna negara yang masuk blog anda
5) pageviews browser - jenis browser yang digunakan untuk masuk blog anda
6) pageviews operating system - os yang digunakan, windows/linux dll.

# untuk melihat blogger stats blog anda, pastikan anda login terlebih dahulu blog anda, pergi ke dashboard, lihat pada tab menu dan pilih stats (bersebelahan dengan monetize/view blog)

p/s : blog saya memang tiada pengunjungnya, saya memang tak kisah berapa ramai yang masuk, saya memang tak gila trafik blog mencanak naik !