pesan bonda saya yang tercinta, " duduk disana, kena belajar empat kali ganda " - fuhh, mengiyakannya. betul apa yang beliau perkatakan. kalau tidak, tak kemana lah kamu. jadikan hari ini lebih baik dari semalam.
Showing posts with label catatan. Show all posts
Showing posts with label catatan. Show all posts
pesan bonda
sebulan bagaikan sehari
alhamdulillah, sebulan sudah saya berada di bumi anbiya', bumi syam lagi barakah. lagi sebulan juga imtihan awal. segalanya baik-baik belaka, kelas juga sudah bermula.
tidak kisah jika permulaan mulut terngaga, mudah-mudahan akan datang dapat mengeluarkan suara jantan. yang pasal sembang kencang dengan orang/student arab itu lain cerita. hentam kromo pun boleh jadi. mohon doa kalian.
selamat hari raya aidilfitri
selamat hari raya aidilfitri kepada semua. maaf zahir dan batin, tidak lupa kepada sanak saudara yang berada di malaysia. kami sekeluarga disini sihat sejahtera. mohon kemaafan segala salah silap yang tidak disengajakan ataupun sengaja.
tidak lupa juga buat kawan-kawan, teman-teman, rakan-rakan seperjuangan. semoga tidak berhenti menentang kezaliman. doakan supaya Allah mempermudahkan dalam menuntut ilmu, seterusnya selamat di dunia dan lebih lagi selamat juga di akhirat. sebelum terlupa juga, selamat berpuasa enam syawal :-)
# taqabbalallahu minna wa minkum! wa kullu 'am wa antum bikhair
selamat tinggal 1malaysia
sebelum ini acuh tak acuh saya menjawabnya. akhirnya persoalan pertama ini sudah terjawab. akan datang persoalan kedua juga akan terjawab dengan sendirinya. insyaAllah saya akan menyambungkan pelajaran ke jordan. mohon doa dari kalian semua.
seperti jadual di atas, itu tarikh penerbangan saya. ramai yang tertanya-tanya kenapa ianya sebelum raya. harapnya ianya menjadi tanda tanya sampai bila-bila :-)
p/s : mohon maaf segala salah silap secara spontan ataupun tidak langsung. doakan saya supaya mudah dalam menuntut ilmu.
kuala lumpur 26/08/11 | 0315 --> kuwait 26/08/11 | 0635. kuwait 26/08/11 | 1445 --> amman 26/08/11 | 1655.
seperti jadual di atas, itu tarikh penerbangan saya. ramai yang tertanya-tanya kenapa ianya sebelum raya. harapnya ianya menjadi tanda tanya sampai bila-bila :-)
p/s : mohon maaf segala salah silap secara spontan ataupun tidak langsung. doakan saya supaya mudah dalam menuntut ilmu.
selamat menyambut bulan ramadhan al-mubarak
dengan ini saya mengucapkan selamat menyambut ramadhan al-mubarak kepada semua muslimin dan muslimat di seluruh negara, tidak lupa juga kepada keluarga sanak saudara, kawan-kawan dan sewaktunya.
mohon kemaafan segala salah silap selama ini, memang segaja ataupun yang tidak sengaja. harapnya kita tidak ghairah melakukan amal ibadat di permulaan/awal ramadhan sahaja. dan jangan hanya cakap tidak serupa bikin, ucap ramadhan bukan kemain lagi tapi hasilnya hampes nyior !
p/s : puasa dulu baru raya... :-)
silent majority
the silent majority is an unspecified large majority of people in a country or group who do not express their opinions publicly. the term was popularized (though not first used) by u.s. president richard nixon in a november 3, 1969 -wikipedia
titik bukan noktah
terima kasih kepada semua, saya rasa blog ini sudah hilang fokusnya. saya sendiri perasan akhir-akhir ini. mungkin empunya blog ini juga turut sama hilang fokus. asyik ingin menjawab dua soalan yang sukar mencari jawapannya. tiada kata lain melainkan insyaAllah.
isi baiah aqabah 2
عن جابر قال: قلنا: يا رسول الله على ما نبايعك؟ قال: على السمع والطاعة في النشاط والكسل, وعلى النفقة في العسر واليسر, وعلى الأمر بالمعروف والنهي عن المنكر, وعلى أن تقوموا في الله لا تأخذكم في الله لومة لائم, وعلى أن تنصروني إذا قدمت إليكم وتمنعوني مما تمنعون منه أنفسكم وأزواجكم وأبناءكم ولكم الجنة
Dari Jabir R.A, Kami bertanya Wahai Rasulullah, diatas dasar apakah kami berbaiah? Sabda Rasulullah S.A.W. " Di atas dasar mesti dengar dan taat samaada di masa cergas atau malas, di atas dasar bernafkah (bersedia untuk berbelanja), di masa susah dan senang, di atas dasar bangun kerana menegakkan agama Allah S.W.T. di dalam menegakkan agama Allah itu tidak mengira celaan orang mencelanya, dan di atas dasar memberi pertolongan kepadaku apabila aku tiba kepadamu, kamu mempertahankan aku sebagaimana kamu mempertahankan diri kamu dan anak-anak kamu, jika kamu melakukan itu, nescaya diberikan untuk kamu syurga ".
domain dan hosting
sudah lama saya tidak menulis dengan idea sendiri. asyik masukkan video, gambar dan sewaktu dengannya. apa yang hendak diceritakan disini, saya sedang berkira-kira untuk menyambar domain nama saya sendiri dan sedikit sebanyak perihal domain dan hosting ini.
mungkin ada yang bertanya apakah domain itu, senang cerita saya simpulkan ianya ialah alamat untuk laman web/blog anda. sebagai contoh, http://sarapiey.com/. sebenarnya lebih kurang dua tahun saya bergelumang dengan domain dan hosting ini. ada yang sehingga hari ini ianya masih kekal dan terus maju jaya. - sila cari sendiri.
hosting itu pekebenda plak? untuk memudahkan anda faham, hosting boleh dikatakan tempat untuk simpan data-data laman web/blog anda. termasuklah file, gambar, video, teks dan sebagainya. untuk pengguna blogspot, anda tak perlu susah-susah fikir pasal hosting, semuanya pihak blogger.com/blogspot sudah uruskan. kiranya untuk blog percuma lah.

himpunan pgu kali kedua di besut 19 mac 2011
himpunan pas ganti umno untuk kali kedua akan dibuat di bandar jerteh besut, tarikhnya pada 19 mac 2011 hari sabtu. di besut menurut sumber terdekat akan berkumpul bersebelahan dengan masjid hadhari ( di bandar jerteh ). jangkaan pemuda akan turun lebih ramai berbanding kali pertama di kemaman baru-baru ini. insyaAllah tgna, tgha, dan dato' azizan razak akan turut sama turun. konvoi bermotor dari setiap dun/kawasan turut ada. semua rakyat terengganu perlu hadir. -pasgantiumno.blogspot.com
banyak entri di bekukan
sebenarnya banyak entri yang hendak saya tulis, tapi saya terpaksa bekukannya sementara, entah bila entri tersebut akan dinyah-bekuan, terutama entri-entri berkaitan blog. mutakhir ini, saya lebih fokus kepada sesuatu yang ringkas dan mengenai hal semasa. ribuan kemaafan kepada mereka yang tidak senang dengan blog ini. blog ini sudah berbau politik ! tapi anda patut menelannya.
penangan maher zain
saya rasa saya sedikit ketinggalan untuk menceritakan tentang maher zain. tapi sehingga hari ini suaranya masih lagi berkumandang di setiap bibir-bibir peminatnya. saya kira semua golongan kenal dan tahu siapa maher zain. ibu saya juga tidak ketinggalan !
itu maher zain, mewarnai dunia dengan nasyid/lagu yang liriknya memuji-memuji yang maha esa serta pesuruhnya. liriknya juga turut mendoakan kesejahteraan. saya kira lagu ketika cinta bertasbih turut sama lenyap bersama munculnya lagu " Baraka Allahu Lakuma ", " Insha Allah " dan banyak lagi.

semoga mendapat haji mabrur !
musim haji telah tiba, seluruh dunia berbondong-bondong menunaikan haji. ada yang sebelum perginya haji, aurat tidak dijaga, tetapi apabila ditanah haram kepala sedikit di tutup. rambut masih lagi tersembul. kaca mata hitam bagai artis kononnya panas masih tidak dapat dilepaskan. bukan salahnya kaca mata hitam, tetapi seolah-seolah pergi haji feysen mesti diutamakan. alahai manusia.
tiada entri terbaru sehingga minggu ini
itulah sahaja pengumumannya, walaupun cerita prk galas dan batu sapi melimpah ruah, cukuplah laman web dan blog politik membicarakannya.
rancangan tv seminggu dua ini penuh mengampu, sehingga naik muak pun ada. kerajaan negeri asyik dipersalahkan, kerjaan persekutuanlah di angkatnya.
bagi yang buta isu, pasti itu makanannya. syabas kepada kerajaan malaysia!

antara hello dan salam
saya pernah ditegur oleh kawan saya suatu ketika dahulu mengenai hal ini. iaitu hal ketika menjawab telefon apabila dipanggil/ditelefon oleh seseorang. apa ucapan pertama yang terbit dari mulut kita?
rata-ratanya ucapan pertama yang terbit/lahir dari mulut kita ialah ucapan " hello " kemudian baru disusuli dengan perkataa " aslmkm wbrt... " - hal ini di membuatkan saya ditegur oleh kawan saya suatu ketika dahulu. saya terimanya dengan hati terbuka. sehingga hari ini, saya mampu mengubahnya. terbit/lahir yang pertama ialah " aslmkm ".
sehingga hari ini jugalah, apabila saya mendengar orang menjawab telefon, ucapan " hello " didahulukan, saya berasa janggal. mungkin orang yang berbuat sedemikian pasti ada sebabnya. fikir-fikirkanlah.
p/s : dalam kotak kepala banyak hal perkara hendak disebutkan dalam blog ini, tapi biarlah, sekadar mampu untuk updatenya.

selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin. entri terakhir penghujung ramadhan dan mungkin separuh syawal baru muncul entri lain di sini. rata-rata lewat kini ucapan selamat hari raya begitu rancak, tak kira siapa muda atau tua semuanya sendang rancak !
masih ingat lagi ucapan tazkirah dari ustaz ja di kampung saya beberapa minggu yang lepas, katanya " hari ini sedikit kepelikan kerana orang yang beriya-riya menyambut syawal bukanlah dari kalanganm orang yang beriya-beriya menyambut ramadhan, dengan makna lain orang yang menghayati ramadhan berkah itu sendiri, menghidupkan malam dan sebagainya, begitulah hari ini, puasa entah kemana, dosa pahala entah ke mana, halal haram entah kemana tetapi mereka semua ini terlalu ghairah dengan aidilfitri. " - ucapan sedikit lain dari asal.
begitulah kita, sentiasa tipu diri sendiri, mengiginkan ramadhan datang kepada kita untuk tahun hadapan,tetapi ramadhan datang kepada kita, kita masih lagi serupa lagi sama dengan ramadhan-ramadhan sebelum ini.
p/s : me-layu raya, cina kaya !

selamat hari raya aidilfitri kepada semua muslimin dan muslimat di seluruh dunia, tidak lupa juga kepada keluarga dan sanak saudara tersayang, kawan-kawan serta orang yang mengenali diri yang dhaif ini dan membaca entri ini. jika kesempatan, sudi-sudilah datang kerumah. (mesej terlebih dahulu jika mahu datang) :-)
p/s : me-layu raya, cina kaya !
tadarus al-quran
kira-kiranya kini sudah memasuki 18 ramadhan, rata-rata masjid surau sudah mengadakan iftar dan ditambahkan lagi dengan majlis khatam quran ( buat namat ), maknanya, sudah khatam la quran 30 juzuk ahli surau masjid tersebut bagi yang terlibat.
tapi saya bersama kumpulan saya masih lagi belum tamat tadarus al-quran, baru tamat juz 11 ( bacaan personal tak payah cerita ), kadang-kadang hari minggu apabila ada kerja pada awal pagi, terpaksa di batalkan tadarus, kenapa tidak buat lepas terawikh? cerita kemudian hari kalau ada masa.
kesimpulannya : masyarakat kita hari ini masih lagi lemah dalam membaca al-quran, hendak memahami makna dan amalkannya lagi sukar, remaja kita hari ini belum di cerita lagi tentang bacaannya. sembang dua jam boleh, mengaji satu juz berat mulut. sekian.
p/s : entri akan datang mengenai tentang tips blog, tapi terpaksa tangguh pada masa yang sesuai insyaAllah.

fasa kedua fasa keampunan
jika di ikutkan dalam satu hadis, kita sekarang ini sudah memasuki fasa kedua ramadhan, fasa keampunan dan apa yang penting sudah hampir ke pertengahan ramadhan dan seterusnya ramadhan akan meninggalkan kita tidak lama lagi.
saya tidak mahu membincangkan status hadis ini, bukanlah ahlinya dalam membincangkan hadis ini samaada shahih ataupun tidak tetapi hadis tersebut begitu popular di kalangan ustaz-ustaz kita.
sudah hampir ke-15 ramadhan, penceramah-penceramah tidak putus asa mengingatkan jemaahnya supaya sentiasa ghairah dan istiqamah dalam melakukan amal ibadat ketika bulan ramadhan dan tidak lupa bulan-bulan lain juga. namun, semakin diingat semakin berkurang jemaahnya.
apa yang dikejarnya saya juga tidak pasti, lagu-lagu raya juga telah berkumandang masuknya pertengahan ramadhan, iklan-iklan raya juga sudah bertebaran, jualan-jualan mega raya juga sudah berpelesaran dan sebagainya lagi. pernah ada satu ustaz mengingatkan, " kenapa masuknya ramadhan, kita lebih bersedia menyiapkan diri untuk bulan syawal (hari raya) berbanding bulan ramadhan " kenapa kita tidak bersedia lagi segala hal berkaitan sebelum masuk ramadhan lagi? apa salahnya?
orang arab hampir tergelak dan dukacitanya, apabila rakyat malaysia mengagung-agungkan syawal (hari raya) berbanding ramadhan, baginya ramadhan bulan segalanya, bulan diturunkan al-quran, bulan baik dari seribu bulan, bulan jihad dan banyak lagi. aidiladha bagi mereka lebih afdhal berbanding aidilfitri.
p/s : ku mengharapkan ramadhan kali ini penuh makna, agar dapat kulalui dengan sempurna... - harapan ramadhan [raihan & manbai]
" Bulan Ramadhan, awalnya rahmah, tengah-tengahnya maghfirah dan akhirnya adalah pembebasan dari neraka " - maksud hadis.

salam, alhamdulillah syukur kepada Allah swt kerana memberi kesempatan untuk berada di dalam bulan ramadhan ini. lebih kurang seminggu sudah kita berpuasa. mungkin kebanyakkan daripada kita pada awalnya memasang cita-cita dalam menghairahkan diri dengan bulan ramadhan ini.
sehingga hari ini bagaimana? mungkin sudah ada yang terputus di tengah-tengah jalan, pada awalnya bersemangat tapi akhirnya ianya menjadi angan-angan. kalian boleh lihat sendiri . takkan hendak membiarkan ramadhan berlalu bergitu sahaja seperti ramadhan-ramadhan yang sudah kita lalui sebelum ini. mungkin ini ramadhan terakhir? hoho...
selagi berbaki ramadhan ini, kita perkemaskan dan mempertingkatkan kembali amal2 kita (termasuk si tukang tulis). sekurang-kurangnya kita tidak " hangat-hangat tahi ayam bunai " sahaja. ramadhan kareem, ramadhan kareem, ramadhan kareem...itu yang kita ucapakan pada awal masuk ramadhan, berpuluh2 ucapan kita sebut. jangan biarkan ianya lenyap begitu sahaja.

Subscribe to:
Comments (Atom)