domain dan hosting

.
sudah lama saya tidak menulis dengan idea sendiri. asyik masukkan video, gambar dan sewaktu dengannya. apa yang hendak diceritakan disini, saya sedang berkira-kira untuk menyambar domain nama saya sendiri dan sedikit sebanyak perihal domain dan hosting ini.

mungkin ada yang bertanya apakah domain itu, senang cerita saya simpulkan ianya ialah alamat untuk laman web/blog anda. sebagai contoh, http://sarapiey.com/. sebenarnya lebih kurang dua tahun saya bergelumang dengan domain dan hosting ini. ada yang sehingga hari ini ianya masih kekal dan terus maju jaya. - sila cari sendiri.

hosting itu pekebenda plak? untuk memudahkan anda faham, hosting boleh dikatakan tempat untuk simpan data-data laman web/blog anda. termasuklah file, gambar, video, teks dan sebagainya. untuk pengguna blogspot, anda tak perlu susah-susah fikir pasal hosting, semuanya pihak blogger.com/blogspot sudah uruskan. kiranya untuk blog percuma lah.

pada awalnya saya terlibat dengan domain dan hosting ini bermula dari kosong, hanya try and click sahaja. permulaan memang banyak masalah berlaku. tapi kadang-kadang bila masalah tiada, bila masalah tersebut berulang kembali, kita kembali kekok/janggal dengan masalah itu. kiranya ada baik jugalah dengan masalah tersebut.

setakat ini sudah 3 pihak syarikat hosting saya menggunakan servisnya, antara yang masih kekal dan memberikan servis terbaik saya cubiex.com . untuk domain saya membeli di netkl.com

opsss ! sebelum terlupa, kita kena pilih syarikat domain dan hosting yang terbaik sebagai pilihan utama, bukan apa, supaya website/blog kita tidak down. ( server sentiasa ok ). biasanya terjadi pada syarikat domain hosting yang tidak berpengalaman. kalau nama-nama besar dan terkenal dengan perkhidmatan domain dan hosting, insyaAllah masalah2 server down dan sebagainya tidak akan timbul.

p/s : saya harap tidak ada orang menyambar domain pilihan saya tersebut. anda boleh menanyakan soalan jika berminat menggunakan domain dan hosting sendiri untuk buat website/blog/forum dll. keduanya, entri ini sedikit kelam kabut saya tulis. ayat terlalu suka untuk difahami.

0 butir komen:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment