isi baiah aqabah 2

.
عن جابر قال: قلنا: يا رسول الله على ما نبايعك؟ قال: على السمع والطاعة في النشاط والكسل, وعلى النفقة في العسر واليسر, وعلى الأمر بالمعروف والنهي عن المنكر, وعلى أن تقوموا في الله لا تأخذكم في الله لومة لائم, وعلى أن تنصروني إذا قدمت إليكم وتمنعوني مما تمنعون منه أنفسكم وأزواجكم وأبناءكم ولكم الجنة

Dari Jabir R.A, Kami bertanya Wahai Rasulullah, diatas dasar apakah kami berbaiah? Sabda Rasulullah S.A.W. "  Di atas dasar mesti dengar dan taat samaada di masa cergas atau malas, di atas dasar bernafkah (bersedia untuk berbelanja), di masa susah dan senang, di atas dasar bangun kerana menegakkan agama Allah S.W.T.  di dalam menegakkan agama Allah itu tidak mengira celaan orang mencelanya, dan di atas dasar memberi pertolongan kepadaku apabila aku tiba kepadamu, kamu mempertahankan aku sebagaimana kamu mempertahankan diri kamu dan anak-anak kamu, jika kamu melakukan itu, nescaya diberikan untuk kamu syurga ".

bagaimana melindungi undi anda dari dikesan?

.

konvoi harley davidson kibar bendera pas

.


+ meremang bulu roma tngok video ni, saje tengok semula wat ngecharge semangat.

domain dan hosting

.
sudah lama saya tidak menulis dengan idea sendiri. asyik masukkan video, gambar dan sewaktu dengannya. apa yang hendak diceritakan disini, saya sedang berkira-kira untuk menyambar domain nama saya sendiri dan sedikit sebanyak perihal domain dan hosting ini.

mungkin ada yang bertanya apakah domain itu, senang cerita saya simpulkan ianya ialah alamat untuk laman web/blog anda. sebagai contoh, http://sarapiey.com/. sebenarnya lebih kurang dua tahun saya bergelumang dengan domain dan hosting ini. ada yang sehingga hari ini ianya masih kekal dan terus maju jaya. - sila cari sendiri.

hosting itu pekebenda plak? untuk memudahkan anda faham, hosting boleh dikatakan tempat untuk simpan data-data laman web/blog anda. termasuklah file, gambar, video, teks dan sebagainya. untuk pengguna blogspot, anda tak perlu susah-susah fikir pasal hosting, semuanya pihak blogger.com/blogspot sudah uruskan. kiranya untuk blog percuma lah.

video konvoi pgu besut

.

tsunami jepun - the sinking of japan ?

.


surat seorang remaja kepada perdana menteri malaysia

.
Assalamualaikum Dato’ Seri.
Saya, Muhammad Muizzuddin bin Zaini. InsyaALLAH Julai nanti genaplah umur saya 19 tahun. Masih berbaki lebih kurang 2 tahun sebelum saya layak mengundi. Tetapi saya yakin dalam ruang demokrasi tidak pula mensyaratkan yang saya hendaklah berumur 21 tahun untuk melayakkan surat saya ini dibaca Dato’ Seri.

Dato’ Seri, saya ingin memperkenalkan diri sebagai remaja yang sangat ingin tahu. Keinginan saya ini menjadikan saya remaja yang tidak hanya terpaku di meja belajar semata. Saya mampu menonton berita hingga ke penghujungnya (tidak di bahagian Sukan semata).
Saya juga mampu membaca suratkhabar dari muka depan hingga ke muka akhir. Saya sering ‘singgah’ di laman-laman sesawang untuk melihat berita-berita yang tidak tersiar di media arus perdana. Saya juga remaja yang suka meladeni buku-buku yang tidak menjadi kegilaan kebanyakan remaja seusia saya.

Tidaklah pula saya katakan yang saya lebih tahu daripada Dato’ Seri, tidak. Saya cuma mahu tegaskan saya adalah remaja yang memerhati. Saya adalah remaja yang bukan kerjanya sehari-hari hanyalah makan, tidur, ‘menelan’ buku teks semata. Saya adalah remaja yang mengikuti rapat perkembangan-perkembangan semasa negara tercinta ini.

himpunan pas ganti umno di besut 18 dan 19 mac 2011 ( zon utara )

.
+ klik untuk tumbesaran, dan sebarkan.

la khauf - satu hati

.