tahniah kepada pemenang di tenang

.

cikgu mala calon pas dun tenang

.


himpunan kebangkitan rakyat pas ganti umno 15 jan 2011

.
+ klik untuk tumbesaran, sila print dan sebarkan.

suara emas dsrm

.
+ ayah borek, emak rintik.

ron97 dan minyak tanah naik 10 sen

.
rasanya baru je lagi menulis entri pasal minyak naik. seperti biasa, saya mengetahui perkhabaran kenaikan harga minyak ini melalui twitter pada petang kelmarin. pagi hari ini, tonton berita jam 7. memang sah naik. - mungkin tidak ada rasa bersalah.

harga ron97 dan minyak tanah akan naik 10 sen. ron97 hari ini menjadi rm2.40 seliter harga sebelumnya rm2.30 seliter. minyak tanah pula rm2.50 seliter. tahniah kepada kerajaan malaysia. - 2011 masa untuk berubah.

katanya pemberita, minyak ron95 kekal rm.190 seliter, diesel rm1.80 dan lpg rm1.90 sekilo. kiranya tidak menjejaskan harga ketiga-tiga bahan ini. ya, saya percaya ! mungkin hari ini tidak menjejaskan. esok lusa bagaimana?

berkenaaan dengan hal ini, minyak yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Negara Pengeksport Minyak (Opec) meningkat kepada US$89.79 mulai minggu ini. - alasan biasa yang diguna-pakai.

rujukan - mstar.com.my

10 janji pakatan rakyat dalam tempoh 100 hari jika di berikan kuasa memerintah

.
1. Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

2. Mengarahkan Khazanah Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuhraya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuhraya oleh kerajaaan dengan tujuan menghapuskan tol.

3. Merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada pihak swasta (seperti subsidi gas sebanyak RM19 bilion kepada penjana bebas) dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat.